Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

GeliSahnya sEkePing hATi..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan waktu untuk mengharungi liku-liku kehidupan kini yang kekadang ada suka dan kadang-kadang ada dukanya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) , para sahabat, pejuang Islam yang terdahulu dan kini, muslimin dan muslimat amnya.

Tiada apa yang mampu diriku coretkan panjang lebar kerana bukan kepakaranku dalam bidang penulisan. Apatah lagi ilmu di dada amatlah cetek. Diri ini hanya insan biasa yang sentiasa berusaha mendapatkan redhaNYA, setitis ilmuNYa, sejambak kasih- sayangNYA dan iringan pertolonganNYA.

" Ya Allah, kurniakanlah diri ini lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama-MU), hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU..."

"Ya Allah, kurniakanlah diriku iman yang sempurna, hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah diriku (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka..."


Di kala perasaan resah, sedih dan sebagainya tiba, kadangkala diri ini terasa 'sesak'... setiap detik dan ketika terasa berat untuk mengharunginya...cuba ku gagahi. Cuba untuk menempis segala masalah yang kadang-kadang menghantui fikiran. Namun ini adalah ujian Allah... makin cuba untuk lari, semakin ia kuat mendekati... Ya Allah, hanya padaMu tempat ku mengadu . Tidak puas dan tidak tenang bila diri ini mengadu pada sahabat.. sesungguhnya tidak semua yang kita rasa dan yang kita alami, dapat diluahkan melalui kata-kata. Namun, itulah fungsi sahabat.. sekurang-kurangnya ada sedikit derita dihati dapat dikongsikan bersama sahabat. Sahabat rapatku.... syukran atas perkongsian. Ukhwahfillah ila jannah.. Insyaallah..

Kadang-kadang diri ini terfikir, mungkin ujian yang diberikan ini adalah untuk diri ini lebih rapat kepada Allah, yang mana mungkin sebelum ini sibuk menjalankan amanah-amanah yang ada kalanya lupa kebergantungan kepada Allah.. Walaupun setiap perkara dimulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah, namun adakah ditengah-tengah perjalanan pengurusan amanah itu disusuli dengan kebergantungan kepada Allah? Ya Allah, diri ini sedari bahawa kadangkala diri ini dan sahabat-sahabat seperjuangan membuat keputusan hanya berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang hanya mengikut akal fikiran. Sedangkan sepatutnya di samping adnya syura, perlu juga petunjuk daripada Allah iaitu melalui solat istikharah sebagai penentu baik buruk sesuatu yang akan diputuskan dalam 2 organisasi besar di Kampus ini. Begitu juga dalam amanahku sebagai pengerusi sebuah kelab di sini. Ini perihal dalam amanah yang dipikul.

Adakah sepanjang diri ini menjalani kehidupan sebagai penuntut ilmu, sebagai sahabat dan sebagai teladan kepada adik-adik, ada terselit perkara-perkara yang tidak diredhaiNYA.... dalam keadaan sedar atau tanpa ku sedari? Astaghfirullah....

" Ya Allah.. sucikanlah hatiku daripada nifaq, amalan-amalanku daripada riyak, lidahku daripada dusta dan mataku daripada khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada." (1)

.........

" Ya Rabbku, Jangan biarkan nasib diri ini ditentukan oleh diriku sendiri , walaupun sekelip mata atau kadar kurang dari itu. Wahai Rabb yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta... perkenankanlah..."

Ya Allah, jika sesuatu itu benar, Kau tunjukkanlah kebenaran. Jika sesuatu itu batil, Kau tunjukkanlah kebatilannya. Hanya diriMu tempatku sembah dan padaMu tempatku minta pertolongan.... Amin Ya Rabb..

(1) Doa supaya terhindar daripada sifat-sifat keji.

0 comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Sudut ilmiah

Community SHAMSIANS

Sahabati fi IPG KPI

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::