Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Sepanjang cuti sebulan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah cuti semester ana terisi dengan sebaik mungkin bersama usrati yang ana sayangi dan diisi dengan aktiviti yang bermanfaat sehingga tiada rasa bosan di rumah.
Kali ini.. biarlah gambar yang berbicara..



Wajah ceria adik-adik & sepupu.. :) -24.11.09-





Hari ke-2 'Aidiladha di rumah tok wan ..






Syukran buat best friend ana (Fatin)... cupcake special untuk ana terutama yang kat tengah tu.. :D



Sibling's cake... pembantu- angh & aibi, penghias - na, ya, afiq, fini, ahmad.. pengkritik bebas- Syah.. VIP-parents... Jom makan!!





Bercuti ke Kuantan & KL....hantar adik ke IPTA dia..dan ana ada hal 27hb kat tempat ana...lepas tu, balik ke rumah semula... :)
~ 25.12.2009- 28.12.2009 ~


Mengajar... sepanjang Disember. Ni murid Kelas Pintar Membaca... Adibah dan Idrina..
2 murid lagi (Naufal dan adiknya Nusaibah) dah ke KL..
Selengkapnya...

Salam maal hijrah.. 1431 H..

Tak sangka masa berlalu begitu cepat…
Sekarang bermulanya tahun baru.. 1431 H..
Telah meninggalkan 1430 H..
Mengingatkan masa yang sedang dan akan terus berlalu..
Sama-sama muhasabah waktu.
Ke mana usia dan masa kita habiskan?
Jom hijrahkan diri menuju cintaNya yang hakiki..
Demi redha dan keberkatanNya..
Salam Hijrah dan mahabbah...
Semoga lebih mendekatkan diri kepada Allah,
Selamat mengharungi ujian Allah dan
ambillah 'ibrah darinya..
semoga dalam rahmat dan kasih sayangNya.


Tentang azam dan perubahan…

# : Nur, ana nak berubah…. Ana memang nak berubah.. tapi ana tak ada kekuatan, tak ada dorongan , persekitaran tak menolong ana untuk berubah..huhuhu

Nur :) :
Berdampinglah dengan sahabat yang boleh beri semangat ke arah redha Allah..

# : Ana tak kuat..mungkin kawan-kawan ana yang baik pun malas nak nasihat ana kalau ana terbuat lagi kesalahan ana yang lalu.. ana tak tahu nak buat macam mana. Ana takut ana kembali ke zaman ana jahil dulu.. ana tak nak..tapi… Nur tolong lah ana..

Nur :) :
Mesti ada permulaan dahulu, taubat Nasuha ( Sungguh-sungguh). lepas tu Sembahyang Sunat Taubat dan lepas tu baca Surah At-Taubah. Mintak dengan Kasih Sayang Allah, supaya diberi kekuatan. Sentiasa ingat Allah... Dia berada di mana-mana jer, Dia Maha Mengetahui dan nampak segala2 nya.
I’m here to help and support you. Tapi Sememangnya hanya kita yg mampu merubah diri kita.Kalau kita kata nak dan berusaha melakukannya sesuatu perkara tu akan berlaku dengan izinnya..

# : suasana tak dorong ana untuk berubah..

Nur :) :
Ketegasan diri tu penting...

# : ketegasan pd diri sndiri?

Nur :) :
Ya. Kalau nur, nur 'iqab diri sendiri..jika nur tak sampai tahap yang nur nak.. ('iqab y membawa kita lebih rapat dengan Allah).. contohnya tambahkn istighfar, tambahkan waktu untuk ziarah adik-adik.., solat mlm..dll

# : emmmm….ana cuba nak buat sekadar yang boleh. memang dah cuba… tapi sikit sangat.
Terima kasih sangat-sangat sebab dengar keluhan ana dan atas nasihat. Ana nk berubah….huhuhu :(

Nur :) :
Apa-apa saja yang awak buat, tak kira baik @ buruk..itu urusan antara awak dan Allah..Allah tahu segala kebaikan dan kekurangan hambanya...
Walaupun hijrah itu amat payah, ingatlah bahawa tujuan hujrah adalah untuk menuju redha Allah.
Jangan risau pandangan manusia..lebihkanlah pandangan Allah terhadap kita.. kerana Allah Itu Maha mengetahui Hamba2nya..

# : semua orang boleh berubah kan, Nur.. ana mesti boleh.. syukran Nur..

Nur :) :
Salam Hijrah buatmu..

………………………………………….
Hijrah menuju Allah
Artis: Devotees

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah Selengkapnya...

Makan juga ibadah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah...Bersyukur atas kesempatan yang Allah berikan ini. Masih lagi diberi peluang untuk kita bernyawa dan berbuat sesuatu demi keredhaanNYA. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , Para Sahabat serta pada mujahid yang terdahulu mahupun sekarang.

Hawa baru sahaja selesai makan bersama keluarga. Pada musim cuti sekolah macam ni lah peluang kami berkumpul sekeluarga.. semua adik-beradik ada di rumah termasuklah adinda yang belajar di IPTA.

Sebut pasal makan, hawa teringat pada satu soalan. " Hidup untuk makan ataupun Makan untuk hidup ? ".... Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar dan mungkin juga sahabat sudah ada jawapan kepada soalan ini..

..................................

A. Makan sebagai ibadah..

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rezeki bagi kita. Allah telah menciptakan bumi dan langit, diturunkan air dari gumpalan awan lalu dengan air itu telah menghidupkan biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis dan menjadikannya makanan untuk haiwan dan manusia di muka bumi ini. Tidak terhitung nikmatnya...Subhanallah walhamdulillah Allahuakbar..

Sesungguhnya hanya orang yang mempunyai hati dan pemikiran sahaja yang mengerti nikmat yang sedang mereka nikmati. Mereka inilah yang akan mengerti bahawa tujuan perjalanan kehidupan ini adalah untuk menemuiNYA di hari pembalasan kelak. Hanya ilmu dan amal bekalannya. Untuk mendapatkan ilmu dan beramal dengannya, perlulah dijalankan dengan tekun dan semestinya kita memerlukan badan yang sihat untuk ke arah itu. Badan tidak akan sihat jika tidak disertakan dengan makanan yang berkhasiat.

Sebahagian ulama' salaf berkata : " Sesungguhnya makan itu adalah sebahagian dari agama. " Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud : "makanlah yang baik-baik dan berbuatlah amal soleh. " (Al-Mukminun : 51)

Dengan makan, seseorang itu akan memperoleh kekuatan untuk berilmu dan beramal demi mencapai taqwa.. maka dengan makan, amalan itu dihitung sebagai ibadah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : " Sesungguhnya seseorang itu akan diberi pahala, sehingga pada waktu ia menyuapkan makanan ke mulutnya dan juga ke mulut isterinya. " (HR. Bukhari)

B. Persiapan nak makan..

1) Makan makanan yang halal

Sebelum makan, kita kenalah perhatikan adakah makanan itu halal atau tidak. Halal dari segi bahannya, cara mendapatkanya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Islam.

Firman Allah : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang haram, melainkan dengan cara perniagaan yang berlaku ke atas suka sama suka antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah Maha Penyanyang kepadamu. " ( An-Nisa: 29)

2) Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Berwuduk sebelum makan itu akan manjauhkan kemiskinan sedangkan sesudah makan akan manjauhkan gangguan syaitan." (HR Tahrani)

Sememangnya kita banyak menggunakan tangan dalam setiap pekerjaan kita. Jadi, dengan membasuh tangan, kebersihan lebih terjamin. Makan itu juga ibadah.. kan lebih baik kita dalam keadaan bersih ketika itu...

3) Makan di atas lantai

Sebaiknya hendaklah meletakkan makanan itu di atas lantai yang beralas. Dalam satu hadith : " sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda diberikan makanan, baginda lalu meletakkannya di atas lantai.” (HR Ahmad)

Ini lebih mendekati kepada sifat tawaduk (merendahkan diri ) , bahkan hadith di atas dikuatkan lagi dengan keterangan dari Anas bin Malik yang mangatakan : “ Rasululllah SAW tidak makan di atas meja makan .” (HR Bukhari)

Walaupun demikian, itu adalah kebiasaan Rasulullah , tetapi tidaklah dilarang , bahkan hukumnya tidaklah makhrukh ataupun haram makan di meja..

4) Duduk dengan cara yang baik

“ Adalah Rasulullah SAW kadangkala meletakkan kedua lututnya untuk makan dan baginda duduk di atas punggung kedua tapak kakinya, kadangkala baginda menegakkan kakinya yang kanan dan duduk di atas kaki kirinya.” Baginda bersabda : “ Tidaklah aku makan dengan bersandar. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang makan, sebagaimana makannya hamba dan aku duduk sebagaimana duduknya hamba.” (HR Bukhari)

5) Niat untuk beribadat

Hendaklah berniat makan untuk mendapat kekuatan untuk beribadat. Ibrahim bin Syaiban berkata: “sudah lapan puluh tahun aku hidup dan selama itu pula tidaklah aku makan sesuatu kerana hawa nafsuku.”

Untuk memperolehi kesempurnaan dalam beribadah, janganlah makan hingga terlalu kenyang kerana akan menjadi malas. “ Hendaklah membahagikan perut kepada tiga bahagian, iaitu sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk bernafas.” (HR Tarmizi)


6) Bersyukur kepada Allah

“ Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabMu sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

C. Adab ketika makan

· Mulakan dengan membaca basmalah.

· Makan dengan guna tangan kanan, mengecilkan suap dan membaguskan pengunyahan.

· Jangan mencaci makanan yang akan dimakan. “ Rasulullah SAW tidak pernah mencaci suatu makanan. Apabila ia berkenan, dimakannya. Apabila tidak, maka ditinggalkannya.” (HR Bukhari dan Muslim)

· “ Makanlah sesuatu yang paling dekat dengan kamu.” (HR Bukhari dan Muslim)

· “ Apabila jatuh suapan di antara kamu, maka hendaklah ia mengambilnya, dan janganlah disapu tangannya dengan sapu tangan (dicuci) sebelum dijilat terlebih dahulu, kerana tidak tahu pada makanan yang mana terdapat keberkatan.” (HR Bukhari)

· Jika makanan masih panas, janganlah dihembus.

· Berusahalah menahan agar tidak minumketika makan.

· “Minumlah dengan perlahan-lahan sambil menarik nafas dan janganlah minum tanpa menarik nafas, kerana sesungguhnya penyakit jantung ( di antara disebabkan) memminum air tanpa menarik nafas.” (HR Abu Mansyur Ad-Dailani)

D. Sunat selepas makan

Bersyukurlah dan berdoa… “ Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya sempurnalah segala yang baik dan turunlaah segala berkat. Ya Allah Tuhankami, berilah kepada kami makanan yang baik dan tetapkanlah kami ini berada pada jalan orang-orang yang soleh.”

E. Adab Makan Bersama

- Tidak memulai mengambil makanan, bila hadir bersama dengan orang yang lebih mustahak didahulukan, disebabkan tuanya atau keutamaannya.

- Tidak berdiam diri ketika makan kerana itu adalah sifat orang ‘Ajam, akan tetapi berbicaralah perkara makruf atau tentang orang yang soleh.

- Jangan menghabiskan semua hidangan.Tinggalkan bahagian makanan untuk orang lain.

- Tidak mengarahkan pandangan pada teman yang sedang makan; boleh menyebabkan teman itu berasa malu.

- Janganlah terlebih dahulu menyelesaikan makan, sebelum teman-teman selesai makan, usahakan selesai serentak.

- Tidak melakukan perkara-perkara yang dipandang jijik oleh orang lain.

Selengkapnya...

Salam Aidiladha...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Selengkapnya...

Coretan hari-hariku

15 November 2009..

Alhamdulillah sehari yang padat dengan aktiviti..
betul kata bondaku.. jika kita yakin kita dapat berbuat beberapa amanah beserta dengan keyakinan kepada Allah, insyallah kita dapat buat dengan jayanya.

Hari itu sepatutnya diri ini harus membantu adik-adik baru yang masih bertali pinggang putih yang akan grading tapi diri ini mempunyai tugasan lain yang lebih penting. Dua hari sebelum, diriku buat keputusan membahagikan tugas kepada adik-adik ini untuk menguruskan sendiri hari ujian kenaikan tali pingang itu. Pembantu juru latih, Kak Yana terpaksa turun padang bantu pengurusan hari tersebut.
Bermula awal pagi, ke Pusat Perubatan As-Syifa dan setibanya jam 12.00 di KPi, hawa terus ke Bilik Rekriasi Blok c, sempat juga rupanya bertemu dengan kak yana dan bertanyakan keputusan grading adik-adik. Semua lulus walaupun kali ini tidak ada seorang pun mendapat double..apa-apa pun..alhamdulillah.. Bab-bab kewangan, bakal bendahari tahun depan masih tidak mampu berjinak-jinak dengan tugasnya. Jadi, hawa tolong Atina buat kiraan keluar masuk wang yuran grading dan yuran lain. Ada hikmah hawa tidak bersama mereka pada awal pagi, hawa dapat lihat adik-adik sudah mula rapat dengan Kak Yana yang mana selama ini mereka segan, rasa tidak serasi dan macam-macam anggapan mereka terhadap kak yana. Bak kata orang, tak kenal maka tak rapat (betul la kan..).
Selepas makan, hawa terpaksa bergegas ke bilik untuk persiapkan diri untuk solat zohor dan niat dihati untuk menulis coretan diari ini tapi masa tidak mengizinkan. Jam 1 ke masjid dan terus ke kelas PISMK OUM untuk Bengkel Penulisan (BEKELIS) anjuran Lujnah Penerbitan dan Publisiti, Majlis Tarbiyyah Nuqaba' IPG Kampus Pendidikan Islam. BEKELIS ini adalah bersama Jemari Seni Publishing. Kedatangan Kak Noor Suraya dan En Rosdi (penulis Jemari Seni) membuka minda kami sebagai peserta BEKELIS bahawa semua orang ada peluang untuk menjadi penulis. Kak Su memberikan tips yang berguna kepada kami dan memberi kami peluang untuk menghantarkan idea atau hasil penulisan kanak-kanak kepada Jemari Seni untuk dipublishkan jika penulisan tersebut terpilih. (http://mten-ipgmkpi.blogspot.com/2009/11/bengkel-penulisan-bekelis.html)
Pada malam hari pula, hawa bertemu dengan seorang akak senior. Pertemuan yang dirancang..terima kasih atas perkongsian akak. Ya Allah, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

19 November 2009
Peperiksaan telah pun berakhir untuk semester ini dan ini bermakna ujian akedemik telah pun berakhir. kelihatan sahabat-sahabatku melepaskan rasa lega dan riang wajah-wajah mereka.. namun bagi diriku ini.. ada lagi beberapa perkaa perlu diselesaikan sebelum pulang bercuti. Hawa cuba aturkan satu persatu agar masa yang ada dapat diisikan dengan hal-hal yang penting. Hawa perlu berjumpa dengan kakak senior yang akan berposting dan beberapa hal yang dirasakan penting lagi. Alhamdulillah semua terlaksana. 20hb , hawa dapat pulang bercuti dengan keadaan yang bersedia.

21 November 2009
Setiap tahun, hari sabtu permulaan cuti sekolah.. hawa wajib bersama keluarga. Apa yang berlaku ada pada http://www.taskasyaz.blogspot.com/ . Alhamdulillah semua berjalan lancar.

24 November 2009

Negeri pantai timur sekarang ini sedang hangat dengan berita banjir. Gelombang kedua banjir di negeri ini bertambah teruk apabila 7,239 orang daripada 1,723 keluarga dipindahkan ke 114 pusat pemindahan di enam daerah negeri ini kecuali Kuala Terengganu. Ramai yang lari dari banjir tapi adik-adik hawa balik kampung untuk main banjir. Sepupu yang kecil-kecil dan saudara-mara berkumpul di rumah tok yang banjir sampai paras pinggang.

Selengkapnya...

GeliSahnya sEkePing hATi..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan waktu untuk mengharungi liku-liku kehidupan kini yang kekadang ada suka dan kadang-kadang ada dukanya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) , para sahabat, pejuang Islam yang terdahulu dan kini, muslimin dan muslimat amnya.

Tiada apa yang mampu diriku coretkan panjang lebar kerana bukan kepakaranku dalam bidang penulisan. Apatah lagi ilmu di dada amatlah cetek. Diri ini hanya insan biasa yang sentiasa berusaha mendapatkan redhaNYA, setitis ilmuNYa, sejambak kasih- sayangNYA dan iringan pertolonganNYA.

" Ya Allah, kurniakanlah diri ini lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama-MU), hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU..."

"Ya Allah, kurniakanlah diriku iman yang sempurna, hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah diriku (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka..."


Di kala perasaan resah, sedih dan sebagainya tiba, kadangkala diri ini terasa 'sesak'... setiap detik dan ketika terasa berat untuk mengharunginya...cuba ku gagahi. Cuba untuk menempis segala masalah yang kadang-kadang menghantui fikiran. Namun ini adalah ujian Allah... makin cuba untuk lari, semakin ia kuat mendekati... Ya Allah, hanya padaMu tempat ku mengadu . Tidak puas dan tidak tenang bila diri ini mengadu pada sahabat.. sesungguhnya tidak semua yang kita rasa dan yang kita alami, dapat diluahkan melalui kata-kata. Namun, itulah fungsi sahabat.. sekurang-kurangnya ada sedikit derita dihati dapat dikongsikan bersama sahabat. Sahabat rapatku.... syukran atas perkongsian. Ukhwahfillah ila jannah.. Insyaallah..

Kadang-kadang diri ini terfikir, mungkin ujian yang diberikan ini adalah untuk diri ini lebih rapat kepada Allah, yang mana mungkin sebelum ini sibuk menjalankan amanah-amanah yang ada kalanya lupa kebergantungan kepada Allah.. Walaupun setiap perkara dimulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah, namun adakah ditengah-tengah perjalanan pengurusan amanah itu disusuli dengan kebergantungan kepada Allah? Ya Allah, diri ini sedari bahawa kadangkala diri ini dan sahabat-sahabat seperjuangan membuat keputusan hanya berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang hanya mengikut akal fikiran. Sedangkan sepatutnya di samping adnya syura, perlu juga petunjuk daripada Allah iaitu melalui solat istikharah sebagai penentu baik buruk sesuatu yang akan diputuskan dalam 2 organisasi besar di Kampus ini. Begitu juga dalam amanahku sebagai pengerusi sebuah kelab di sini. Ini perihal dalam amanah yang dipikul.

Adakah sepanjang diri ini menjalani kehidupan sebagai penuntut ilmu, sebagai sahabat dan sebagai teladan kepada adik-adik, ada terselit perkara-perkara yang tidak diredhaiNYA.... dalam keadaan sedar atau tanpa ku sedari? Astaghfirullah....

" Ya Allah.. sucikanlah hatiku daripada nifaq, amalan-amalanku daripada riyak, lidahku daripada dusta dan mataku daripada khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada." (1)

.........

" Ya Rabbku, Jangan biarkan nasib diri ini ditentukan oleh diriku sendiri , walaupun sekelip mata atau kadar kurang dari itu. Wahai Rabb yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta... perkenankanlah..."

Ya Allah, jika sesuatu itu benar, Kau tunjukkanlah kebenaran. Jika sesuatu itu batil, Kau tunjukkanlah kebatilannya. Hanya diriMu tempatku sembah dan padaMu tempatku minta pertolongan.... Amin Ya Rabb..

(1) Doa supaya terhindar daripada sifat-sifat keji.
Selengkapnya...

Salam Imtihan..


Ya Allah, Permudahkanlah segala urusan kami dan kurniakanlah kepada kami kejayaan di dunia dan di akhirat... Amin... Selengkapnya...

Darul Syifa'















Tuan Guru Dato' Haron Din (Pengasas Dan Penasihat Darul Syifa') telah menyampaikan pengajaran berkenaan Bacaan Asas 10 Kedua. Setelah sekian lama tertangguh... alhamdulillah semua berjalan lancar.

Kami ke sana dengan 2 buah bas dan beberapa buah motor. Solat maghrib, bacaan Asas 10 pertama , makan malam dan penyampaian ilmu daripada Tuan Guru..

Semoga ilmu itu menjadi bekal kepada kami pada masa akan datang.
Selengkapnya...

Model MUSLIMAH SEJATI

Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan ISLAM.
Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Wanita juga adalah anugerah ILAHI yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam telah melahirkan ratusan wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga muslimah kini. Mereka merupakan wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan ISLAM. Sehubungan dengan itu, Rasulullah bersabda :
" Ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka adalah Asiah binti Muzahim, Maryam binti Imran (bonda Nabi Isa) , Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( ananda kesayangan Baginda) . " (Riwayat Bukhari )

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita yang beriman , tetap mempertahankan keimanannya kepda ALLAH, meski pun hidup bersama suaminya; Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada ALLAH serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan diri kepada ALLAH.

Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran ISLAM, berkorban jiwa dan raga dan segala harta serta rela menganggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam ydiamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w. .

Fatimah adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang solehah dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat kepada suaminya serta ibu yang bijaksana kepada anak-anaknya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Muslimah inilah yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan, dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah ke alam perkahwinan agar berhati-hati calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Rasulullah bersabda :
" Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya , kelak kecantikan akn binasakannya; janganlah kamu menikahinya kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu,; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung, tuli tetapi beragama , itu adalah yang lebih baik bagimu." ( Riwayat Abdullahh bin Humaid)

Isteri yang solehah akan bersifat amanah terhadap harta suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak keluar rumah tanpa izin suami, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud :
" ...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatannya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah... " ( Surah an-nisa' : 34)

Isteri yang solehah perlulah ingatanya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud :
" Jika seseorang eanita menunaikan solat 5 waktu, puasa sebulan di bulan Ramadhan, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga yang dikehendakinya. " (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredhaannya pada setiap masa dan keadaan .Keredhaan suami adalah kunci utama untuk melayakkan diri ke syurga ALLAH.

" Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk ke syurga. " (Riwayat Al-Hakim dan Tarmizi)

Penting juga bagi seorang isteri yang mana adalah pendidik dan pengasuh kepada anak-anaknya. Anak-anak yang soleh adalah saham buat ibu bapa. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewarisi ilmu agamanya kepada anaknya agar wujud generasi soleh dan solehah.

Begitulah kriteria wanita solehah...yang mana merupakan akhlak model-model wanita solehah yang terulung iaitu Siti Asiah, Maryam, Siti Khadijah dan Fatimah.

Adakah kita mampu meneladani meraka???? Ya Allah, pimpinlah daku ke arah itu.....

Selengkapnya...

LeMbaRaN HidUp WANITA soLeHah

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?

Agung cintanya kepda ALLAH dan Rasulullah

Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah

Penawar hati kekasih Allah

Susah dan senang rela bersama…


Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aisyah?

Isteri Rasulullah yang bijak

Pendorong kesusahan dan penderitaan

Tiada sukar untuk dilaksanakan..


Mengalir air mataku

Melihat pengorbanan puteri solehah, Siti Fatimah

Akur dalam setiap perintah

Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang

Tiada memiliki harta dunia

Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga…


Ketika aku marah

Inginku intip serpihan sabar

Dari catatan hidup Siti Sarah….


Tabah jiwanya

Setabah umi Nabi Ismail

Mengendong bayinya yang masih merah

Mencari air penghilang dahaga

Di terik padang pasir merak

Ditinggalkan suami akur tanpa bantah

Pengharapannya hanya pada ALLAH

Itulah wanita Siti Hajar…


Mampukah aku menjadi wanita solehah?

Mati dalam keunggulan iman

Bersinar indah, harum tersebar

Bagai wanginya pusara Masyitah….


p/s: Mampukah aku? Ya ALLAH , Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui..

Selengkapnya...

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Sudut ilmiah

Community SHAMSIANS

Sahabati fi IPG KPI

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::