Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

اللهّم صل على محمد

Subhanallah…begitu besar kasih sayang Rasulullah kepada umatnya…Tak ternilai kasih sayang Baginda… setiasa menyampaikan peringatan kepada kita hatta pada saat akhir Baginda di dunia ini… Adakah kita kasihkan junjungan besar Nabi Muhammad (SAW) dengan sebenar-benarnya?
SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA MENGGAPAI KASIH SAYANG RASULULLAH DENGAN MENGIKUTI SEGALA APA YANG DISAMPAIKAN BAGINDA.. ILA MARDHATILLAH…

Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami… janganlah KAU membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah hati kami di jalan agamaMU…
.

Selawat ke atas Nabi selepas membaca tasyahud

Maksudnya:
"Ya Allah selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti Engkau kurniakan kepada Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia. Ya Allah, berkatilah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarga Baginda seperti telah yang Engkau berkati ke atas Nabi Ibrahim dan keluarganya. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Terpuji dan Yang Maha Mulia".


KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH


Wahai Manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan

Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,

Sembahlah Allah, Dirikanlah solat lima kali sehari, Berpuasalah di Bulam Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.

Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku. Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.


(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.)


Rujukan doa : http://doaharian.blogspot.com Selengkapnya...

Malu Oh Malu

Aduhai, setiap wanita dikurniakan
oleh Allah swt sifat MALU
kerana MALU si wanita tahu
menjaga kehormatannya,
kerana MALU si wanita tahu
menilai batas-batas sosialnya,
kerana MALU si wanita gagal
diperdayakan pujukan nafsu..

Kini si wanita sudah hilang MALUnya
kerana hilang MALU itu terdedahlah
auratnya lantas kehormatan diri tergadai
kerana hilang MALU itu si wanita
gagal menilai apa itu HARAM
dan apa itu HALAL,
kerana kehilangan MALU itu si wanita
lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu..

Aduhai, setiap lelaki juga dikurniakan
oleh Allah swt sifat MALU
kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan
si wanita agar bersama-sama jaga maruah
diri dan MENJAGA AURAT
kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri
dan si wanita tentang batas-batas sosial,
HALAL dan HARAM tu kena ingat !
kerana MALU itu, si lelaki menjaga
dan mendidik nafsu...
selalu ingatkan supaya
"TAKUTLAH ALLAH ! "

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya,
kerana hilang MALU itu
si lelaki mengajak si wanita buat perkara mungkar,
kerana hilang MALU itu
si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt,
kerana bhilang MALU itu
si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH !

Sabda Rasulullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH
SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

wahai si wanita dan si lelaki
janganlah menzalimi diri dengan meletakkan
MALU bukan pada tempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt
jika ingkar akan suruhannya..
MALUlah kamu dengan RASULULLAH saw
jika meninggalkan sunnahnya..
MALUlah kamu
jika lupa dan malas membaca al-quran...
MALUlah kamu
jika derhaka kepada guru dan ibu bapa..
MALUlah kamu
atas dosa-dosa kamu..

Maka percayalah MALU itu
dapat menyelamatkan kita
dari fahsyar walmungkar !!!!!
Selengkapnya...

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Sudut ilmiah

Community SHAMSIANS

Sahabati fi IPG KPI

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::