Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Replika masjid jadi papan sasar menembak

BRADFORD - Komander-komander tentera Britain sengaja mencetuskan kemarahan penganut Islam apabila menggunakan replika masjid sebagai papan sasar semasa latihan menembak. Tujuh binaan kayu berbentuk masjid diletakkan di padang menembak untuk dijadikan sasaran oleh askar-askar Britain yang akan bertempur di Afghanistan. Kewujudan papan sasar itu disedari oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan padang menembak berkenaan dan kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa Islam tempatan. Jawatankuasa Masjid Bradford (BCM) mendesak pihak tentera Britain memohon maaf kepada penganut Islam dan menarik semula penggunaan papan sasar berbentuk masjid tersebut. "Sesiapa saja yang melihat papan sasar itu akan terfikir mengenai masjid dan orang Islam daripada sudut negatif," kata pengerusi BCM, Ishtiaq Ahmed. "Apa yang menyebabkan saya marah adalah mereka menjadikan masjid sebagai tempat sasaran dan berbahaya. Ini benar-benar menyinggung perasaan orang Islam," katanya lagi.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7545571.asp


-----------------------------

Jelas menunjukkan bahawa mereka sentiasa menjadikan umat Islam sebagai sasaran mereka yang utama..

Ya Allah, Tabahkan hati umat Islam yang diancam tentera kafir, Permudahkan jalan mereka, sekiranya ditakdirkan mereka syahid di medan perang, tempatkanlah merreka di syurgamu Ya Allah...
Diri ini hanya hamba yang lemah yang hanya mampu berdoa di sini...
selamatkanlah BUMI PELESTIN, AFGHANISTAN DAN IRAQ YA ALLAH..
Ya Allah , Semoga satu hari nanti mereka hidup dengan aman..
Amin Ya Rabbal 'alamin...

0 comments:

Post a Comment

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Sudut ilmiah

Community SHAMSIANS

Sahabati fi IPG KPI

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::