Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Sepanjang cuti sebulan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah cuti semester ana terisi dengan sebaik mungkin bersama usrati yang ana sayangi dan diisi dengan aktiviti yang bermanfaat sehingga tiada rasa bosan di rumah.
Kali ini.. biarlah gambar yang berbicara..



Wajah ceria adik-adik & sepupu.. :) -24.11.09-





Hari ke-2 'Aidiladha di rumah tok wan ..






Syukran buat best friend ana (Fatin)... cupcake special untuk ana terutama yang kat tengah tu.. :D



Sibling's cake... pembantu- angh & aibi, penghias - na, ya, afiq, fini, ahmad.. pengkritik bebas- Syah.. VIP-parents... Jom makan!!





Bercuti ke Kuantan & KL....hantar adik ke IPTA dia..dan ana ada hal 27hb kat tempat ana...lepas tu, balik ke rumah semula... :)
~ 25.12.2009- 28.12.2009 ~


Mengajar... sepanjang Disember. Ni murid Kelas Pintar Membaca... Adibah dan Idrina..
2 murid lagi (Naufal dan adiknya Nusaibah) dah ke KL..
Selengkapnya...

Salam maal hijrah.. 1431 H..

Tak sangka masa berlalu begitu cepat…
Sekarang bermulanya tahun baru.. 1431 H..
Telah meninggalkan 1430 H..
Mengingatkan masa yang sedang dan akan terus berlalu..
Sama-sama muhasabah waktu.
Ke mana usia dan masa kita habiskan?
Jom hijrahkan diri menuju cintaNya yang hakiki..
Demi redha dan keberkatanNya..
Salam Hijrah dan mahabbah...
Semoga lebih mendekatkan diri kepada Allah,
Selamat mengharungi ujian Allah dan
ambillah 'ibrah darinya..
semoga dalam rahmat dan kasih sayangNya.


Tentang azam dan perubahan…

# : Nur, ana nak berubah…. Ana memang nak berubah.. tapi ana tak ada kekuatan, tak ada dorongan , persekitaran tak menolong ana untuk berubah..huhuhu

Nur :) :
Berdampinglah dengan sahabat yang boleh beri semangat ke arah redha Allah..

# : Ana tak kuat..mungkin kawan-kawan ana yang baik pun malas nak nasihat ana kalau ana terbuat lagi kesalahan ana yang lalu.. ana tak tahu nak buat macam mana. Ana takut ana kembali ke zaman ana jahil dulu.. ana tak nak..tapi… Nur tolong lah ana..

Nur :) :
Mesti ada permulaan dahulu, taubat Nasuha ( Sungguh-sungguh). lepas tu Sembahyang Sunat Taubat dan lepas tu baca Surah At-Taubah. Mintak dengan Kasih Sayang Allah, supaya diberi kekuatan. Sentiasa ingat Allah... Dia berada di mana-mana jer, Dia Maha Mengetahui dan nampak segala2 nya.
I’m here to help and support you. Tapi Sememangnya hanya kita yg mampu merubah diri kita.Kalau kita kata nak dan berusaha melakukannya sesuatu perkara tu akan berlaku dengan izinnya..

# : suasana tak dorong ana untuk berubah..

Nur :) :
Ketegasan diri tu penting...

# : ketegasan pd diri sndiri?

Nur :) :
Ya. Kalau nur, nur 'iqab diri sendiri..jika nur tak sampai tahap yang nur nak.. ('iqab y membawa kita lebih rapat dengan Allah).. contohnya tambahkn istighfar, tambahkan waktu untuk ziarah adik-adik.., solat mlm..dll

# : emmmm….ana cuba nak buat sekadar yang boleh. memang dah cuba… tapi sikit sangat.
Terima kasih sangat-sangat sebab dengar keluhan ana dan atas nasihat. Ana nk berubah….huhuhu :(

Nur :) :
Apa-apa saja yang awak buat, tak kira baik @ buruk..itu urusan antara awak dan Allah..Allah tahu segala kebaikan dan kekurangan hambanya...
Walaupun hijrah itu amat payah, ingatlah bahawa tujuan hujrah adalah untuk menuju redha Allah.
Jangan risau pandangan manusia..lebihkanlah pandangan Allah terhadap kita.. kerana Allah Itu Maha mengetahui Hamba2nya..

# : semua orang boleh berubah kan, Nur.. ana mesti boleh.. syukran Nur..

Nur :) :
Salam Hijrah buatmu..

………………………………………….
Hijrah menuju Allah
Artis: Devotees

Bulat nian tekadmu
Dalam hijrahmu itu
Allah nanti kan bersama
Tempuh jalan yang diredhai

Hijrahmu menuju Allah
Ia sunnah para nabi
Para salihin dan muttaqin
Kembara hati menuju Ilahi

Andai rasa diri lemah
Di perjalanan hijrahmu
Sendirian tanpa mampu
Mohonlah pada Tuhanmu

Hijrah ini memang susah
Hijrah ini memang payah
Hijrah ini menuju Allah
Di hujungnya hasanah Selengkapnya...

Makan juga ibadah..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..


Alhamdulillah...Bersyukur atas kesempatan yang Allah berikan ini. Masih lagi diberi peluang untuk kita bernyawa dan berbuat sesuatu demi keredhaanNYA. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W , Para Sahabat serta pada mujahid yang terdahulu mahupun sekarang.

Hawa baru sahaja selesai makan bersama keluarga. Pada musim cuti sekolah macam ni lah peluang kami berkumpul sekeluarga.. semua adik-beradik ada di rumah termasuklah adinda yang belajar di IPTA.

Sebut pasal makan, hawa teringat pada satu soalan. " Hidup untuk makan ataupun Makan untuk hidup ? ".... Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar dan mungkin juga sahabat sudah ada jawapan kepada soalan ini..

..................................

A. Makan sebagai ibadah..

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan rezeki bagi kita. Allah telah menciptakan bumi dan langit, diturunkan air dari gumpalan awan lalu dengan air itu telah menghidupkan biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai jenis dan menjadikannya makanan untuk haiwan dan manusia di muka bumi ini. Tidak terhitung nikmatnya...Subhanallah walhamdulillah Allahuakbar..

Sesungguhnya hanya orang yang mempunyai hati dan pemikiran sahaja yang mengerti nikmat yang sedang mereka nikmati. Mereka inilah yang akan mengerti bahawa tujuan perjalanan kehidupan ini adalah untuk menemuiNYA di hari pembalasan kelak. Hanya ilmu dan amal bekalannya. Untuk mendapatkan ilmu dan beramal dengannya, perlulah dijalankan dengan tekun dan semestinya kita memerlukan badan yang sihat untuk ke arah itu. Badan tidak akan sihat jika tidak disertakan dengan makanan yang berkhasiat.

Sebahagian ulama' salaf berkata : " Sesungguhnya makan itu adalah sebahagian dari agama. " Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT yang bermaksud : "makanlah yang baik-baik dan berbuatlah amal soleh. " (Al-Mukminun : 51)

Dengan makan, seseorang itu akan memperoleh kekuatan untuk berilmu dan beramal demi mencapai taqwa.. maka dengan makan, amalan itu dihitung sebagai ibadah. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : " Sesungguhnya seseorang itu akan diberi pahala, sehingga pada waktu ia menyuapkan makanan ke mulutnya dan juga ke mulut isterinya. " (HR. Bukhari)

B. Persiapan nak makan..

1) Makan makanan yang halal

Sebelum makan, kita kenalah perhatikan adakah makanan itu halal atau tidak. Halal dari segi bahannya, cara mendapatkanya sebagaimana yang telah ditentukan oleh Islam.

Firman Allah : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan harta sesama kamu dengan jalan yang haram, melainkan dengan cara perniagaan yang berlaku ke atas suka sama suka antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu membunuh dirimu sendiri, sesungguhnya Allah Maha Penyanyang kepadamu. " ( An-Nisa: 29)

2) Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : Berwuduk sebelum makan itu akan manjauhkan kemiskinan sedangkan sesudah makan akan manjauhkan gangguan syaitan." (HR Tahrani)

Sememangnya kita banyak menggunakan tangan dalam setiap pekerjaan kita. Jadi, dengan membasuh tangan, kebersihan lebih terjamin. Makan itu juga ibadah.. kan lebih baik kita dalam keadaan bersih ketika itu...

3) Makan di atas lantai

Sebaiknya hendaklah meletakkan makanan itu di atas lantai yang beralas. Dalam satu hadith : " sesungguhnya Rasulullah SAW apabila baginda diberikan makanan, baginda lalu meletakkannya di atas lantai.” (HR Ahmad)

Ini lebih mendekati kepada sifat tawaduk (merendahkan diri ) , bahkan hadith di atas dikuatkan lagi dengan keterangan dari Anas bin Malik yang mangatakan : “ Rasululllah SAW tidak makan di atas meja makan .” (HR Bukhari)

Walaupun demikian, itu adalah kebiasaan Rasulullah , tetapi tidaklah dilarang , bahkan hukumnya tidaklah makhrukh ataupun haram makan di meja..

4) Duduk dengan cara yang baik

“ Adalah Rasulullah SAW kadangkala meletakkan kedua lututnya untuk makan dan baginda duduk di atas punggung kedua tapak kakinya, kadangkala baginda menegakkan kakinya yang kanan dan duduk di atas kaki kirinya.” Baginda bersabda : “ Tidaklah aku makan dengan bersandar. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang makan, sebagaimana makannya hamba dan aku duduk sebagaimana duduknya hamba.” (HR Bukhari)

5) Niat untuk beribadat

Hendaklah berniat makan untuk mendapat kekuatan untuk beribadat. Ibrahim bin Syaiban berkata: “sudah lapan puluh tahun aku hidup dan selama itu pula tidaklah aku makan sesuatu kerana hawa nafsuku.”

Untuk memperolehi kesempurnaan dalam beribadah, janganlah makan hingga terlalu kenyang kerana akan menjadi malas. “ Hendaklah membahagikan perut kepada tiga bahagian, iaitu sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk bernafas.” (HR Tarmizi)


6) Bersyukur kepada Allah

“ Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambahkan nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmatKu, maka sesungguhnya azabMu sangat pedih.” (Surah Ibrahim : 7)

C. Adab ketika makan

· Mulakan dengan membaca basmalah.

· Makan dengan guna tangan kanan, mengecilkan suap dan membaguskan pengunyahan.

· Jangan mencaci makanan yang akan dimakan. “ Rasulullah SAW tidak pernah mencaci suatu makanan. Apabila ia berkenan, dimakannya. Apabila tidak, maka ditinggalkannya.” (HR Bukhari dan Muslim)

· “ Makanlah sesuatu yang paling dekat dengan kamu.” (HR Bukhari dan Muslim)

· “ Apabila jatuh suapan di antara kamu, maka hendaklah ia mengambilnya, dan janganlah disapu tangannya dengan sapu tangan (dicuci) sebelum dijilat terlebih dahulu, kerana tidak tahu pada makanan yang mana terdapat keberkatan.” (HR Bukhari)

· Jika makanan masih panas, janganlah dihembus.

· Berusahalah menahan agar tidak minumketika makan.

· “Minumlah dengan perlahan-lahan sambil menarik nafas dan janganlah minum tanpa menarik nafas, kerana sesungguhnya penyakit jantung ( di antara disebabkan) memminum air tanpa menarik nafas.” (HR Abu Mansyur Ad-Dailani)

D. Sunat selepas makan

Bersyukurlah dan berdoa… “ Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya sempurnalah segala yang baik dan turunlaah segala berkat. Ya Allah Tuhankami, berilah kepada kami makanan yang baik dan tetapkanlah kami ini berada pada jalan orang-orang yang soleh.”

E. Adab Makan Bersama

- Tidak memulai mengambil makanan, bila hadir bersama dengan orang yang lebih mustahak didahulukan, disebabkan tuanya atau keutamaannya.

- Tidak berdiam diri ketika makan kerana itu adalah sifat orang ‘Ajam, akan tetapi berbicaralah perkara makruf atau tentang orang yang soleh.

- Jangan menghabiskan semua hidangan.Tinggalkan bahagian makanan untuk orang lain.

- Tidak mengarahkan pandangan pada teman yang sedang makan; boleh menyebabkan teman itu berasa malu.

- Janganlah terlebih dahulu menyelesaikan makan, sebelum teman-teman selesai makan, usahakan selesai serentak.

- Tidak melakukan perkara-perkara yang dipandang jijik oleh orang lain.

Selengkapnya...

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Calendar

Sudut ilmiah

Community SHAMSIANS

Sahabati fi IPG KPI

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::