Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Abu Salamah dan Ummu Salamah

Ada satu kisah menarik yang perlu kita hayati...


Siapa yang tidak kenal akan Abu Salamah dan isterinya, Ummu Salamah, radiyallahu 'anhuma. Kedua-duanya adalah antara sahabat Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam yang terawal memeluk Islam. Mereka berdua adalah antara pasangan yang sangat bahagia, namun ditentang oleh suku kaum mereka kerana mereka memeluk Islam. Suku Makhzum adalah antara puak yang terkenal sangat kuat menentang Islam di Makkah.

Pada awalnya, kedua-dua Ab
u Salamah dan Ummu Salamah berhijrah ke Habsyah. Kemudian tatkala timbul seruan hijrah ke Madinah, bersiap-siaplah Abu Salamah, Ummu Salamah dan anak mereka Salamah untuk berhijrah ke Madinah. Abu Salamah hanya memilik seekor unta, maka dia terpaksa berjalan dan membiarkan isteri dan anaknya menunggang unta. Malang sekali di pertengahan jalan, kaum keluarga mereka telah mengejar dan menahan mereka. Unta Abu Salamah dirampas, manakala Ummu Salamah dibawa pulang oleh keluarganya ke Makkah manakala keluarga Abu Salamah pula mengambil anak mereka Salamah kembali ke Makkah jua. Akhirnya Abu Salamah terpaksa berhijrah ke Madinah seorang diri, dan terpisahlah ketiga-tiga mereka.

Setiap hari, Ummu Salamah akan kembali ke tempat mereka dipisahkan dan mengenangkan suaminya di Madinah dan anaknya yang dijaga oleh keluarga suaminya di Makkah. Lebih kurang setahun ketiga-tiga mereka hidup terpisah sehinggalah akhirnya Ummu Salamah dan anaknya dibebaskan. Dengan semangat yang kuat, Ummu Salamah membawa anaknya, Salamah yang masih kecil untuk ke Madinah.

Bayangkan seorang wanita dan anak kecilnya ingin berjalan jauh menuju ke pangkuan suami berseorangan semata-mata kerana ingin menjaga agamanya! Ummu Salamah tidak mahu berlengah kerana takut suku kaumnya akan merubah fikiran dan kembali menahannya dan memisahkannya dari anaknya. Lantas dia memulakan perjalanan, dan sesampainya di Tan'im, penjaga Kaabah - Uthman ibn Talhah yang masih belum memeluk Islam berpendapat bahawa tidaklah patut Ummu Salamah dan anak kecilnya dibiarkan berkelana ke Madinah tanpa ditemani lelaki. Maka dia berjanji kepada Ummu Salamah bahawa dia akan membawa mereka ke Madinah. Akhirnya bersatulah kembali Ummu Salamah dan suaminya, Abu Salamah.

Percintaan suami isteri ini sangatlah kuat, sehingga dikatakan pada suatu hari, Ummu Salamah berkata kepada suaminya bahawa dia (Ummu Salamah) mendengar daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam bahawa sekiranya kedua-dua suami isteri dapat masuk syurga, maka si suami akan kembali bersama isterinya jika isterinya tidak berkahwin lain selepas kematian suaminya; begitu juga isteri akan bersama suaminya jika suaminya tidak berkahwin lain selepas isterinya mati. Lantas Ummu Salamah meminta suaminya agar mereka sama-sama berjanji untuk tidak berkahwin lain jika salah seorang mereka mati dahulu agar dapat bersama-sama kembali di syurga.

Tetapi suaminya, Abu Salamah berkata, sekiranya dia (Abu Salamah) mati dahulu, dia mahu isterinya berkahwin lagi. Lantas Abu Salamah berdoa kepada Allah, andai dia (Abu Salamah) mati dahulu, kurniakanlah kepada isterinya seorang suami yang lebih baik darinya. Begitu hebat cinta dan kasih sayang kedua-dua suami isteri ini.

Pada peperangan Uhud, Abu Salamah mengalami kecederaan teruk. Ketika masih dirawat isterinya, Abu Salamah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam memberitahu, sesiapa yang ditimpa bala musibah, hendaklah dia menyebut istirja' (Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un), dan berdoa,

"Ya Allah, berilah ganjaran atas kehilangan akibat musibah yang melanda diriku, dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya, maka pasti Allah akan mengurniakan sesuatu yang lebih baik."

Akhirnya Abu Salamah meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya, dan tinggallah Ummu Salamah bersama anak-anak mereka di Madinah. Ummu Salamah, tatkala teringat kembali akan kata-kata suaminya, sering melafazkan istirja' dan doa tersebut. Cuma dia seringkali tidak dapat meneruskan lafaz 'berilah ganti yang lebih baik', dan jika disebut juga lafaz tersebut, dia akan terkenang kerana baginya siapakah lelaki yang dapat menjadi suami yang lebih baik daripada Abu Salamah. Segala kesusahan yang pernah mereka alami tatkala mula-mula memeluk Islam, ditambah dengan kebahagiaan mereka di Madinah menguatkan lagi rasa cinta Ummu Salamah kepada suaminya.

Namun akhirnya berkat doa Ummu Salamah tersebut Allah mengurniakan Ummu Salamah seorang suami yang akhirnya diakui lebih baik dari Abu Salamah. Siapakah lelaki itu? Tidak lain daripada Rasulullah sallallahu 'alayhi wasallam sendiri.
Lihat sahaja ujian yang melanda Ummu Salamah. Ujian apakah yang lebih berat daripada kehilangan insan-insan tersayang yang banyak pula menempuh suka duka kehidupan bersama di jalan Allah. Namun Allah tetap memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang bersabar.

Sumber:http://serinegara.blogspot.com/2009/10/bersabarlah-menghadapi-ujian.html
Selengkapnya...

.......

Bismillahirrahmanirrahim….diriku memulakan bicara dalam alam maya ini...

Rasanya dah lama tinggalkan ruangan ini bersawang..bukannya kerana terlalu sibuk, bukannya terlalu malas untuk postkan sesuatu namun hakikatnya tidak semua yang dilalui atau yang dirasai dapat diungkapkan dengan kata-kata. Astaghfirullahala’zim… perkongsian ilmu pun sunyi di ruangan ini…apatah lagi diri ini bukannya insan yang terbaik untuk memberi peringatan dan pengisian yang langsung terkesan ke hati pembaca atau pendengar..

Di ruangan kali ini, diri ini hanya ingin memutar kembali apa yang telah berlaku sepanjang ruangan ini diam membisu selama sebulan lebih.

Ramadhan dirindui, Syawal dinanti…

Alhamdulillah Ramadhan diharungi dengan tenang dan tekun. Cuma… hanya harapan dan doa pada Allah agar segala amalan di bulan yang mulia itu diredha Allah. Ramadhan semakin melabuhkan dirinya dan Syawal pula muncul tiba. Di waktu ini bercampur dua perasaan antara gembira dan sedih di kalangan umat Baginda Rasulullah s.a.w., gembira menanti kedatangan Syawal dan sedih meninggalkan Ramadhan.

Jika kita toleh kembali apa yang telah kita harungi di bulan Ramadhan, adakah telah kita sempurnakan hak Ramadhan yang mubarak ini? Jawapannya hanya diri kita sendiri sahaja yang dapat menjawabnya.



Di bulan Ramadhan juga. kita telah dikejutkan dengan satu iklan iluminati yang berkait rapat dengan perayaan krismas. Pada akhir Ramadhan yang lalu juga hinggalah menjelang Syawal, umat Islam diuji keimanan dan kesabarannya. Kali ini adalah angkara rancangan biadab sekelompok puak Kristian di Florida, Amerika Syarikat. Terry Jones, paderi sebuah gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida telah mengisytiharkan ke seluruh dunia dan menyeru warga Amerika untuk memperingati Tragedi 11 September 2001 dengan menjadikannya sebagai “International Burn a Koran Day” (Hari Membakar Al-Quran Antarabangsa). Sebelumnya, iaitu pada akhir bulan Julai lalu, mereka melakukan propaganda keji dan permusuhan terhadap Islam dengan menyatakan “Islam is Of The Devil” (Islam adalah syaitan). Terry Jones menuduh Islam dan hukum syariah bertanggungjawab atas aksi keganasan terhadap World Trade Center di New York. “Islam adalah syaitan. Agama itu menyebabkan jutaan orang masuk neraka, agama menipu, agama kekerasan”, katanya ketika diwawancara dengan CNN. Dalam laman webnya, mereka mengemukakan sepuluh alasan mengapa Al-Quran mesti dibakar. Di antaranya, Al-Quran dianggap tidak asli, tidak mengakui Jesus sebagai Tuhan dan mengajarkan totalitarisme kekuasaan. Islam juga dianggap tidak sesuai dengan demokrasi, Hak Asasi Manusia dan Barat. Rancangan gila Jones ni mengundang kritikan hebat dari umat Islam di seluruh dunia. Malangnya pentadbiran AS langsung tidak mahu bertegas dengan Jones atas alasan ‘kebebasan’ di bawah sistem demokrasi yang mereka amalkan. Setelah kecoh dunia dibuatnya, Tapi Jones membatalkan rancangannya di saat akhir.

Syawal tiba…

Syawal dirai dengan gembira, meraikan kejayaan kita dalam berbuat amal ibadah di bulan yang cukup mulia ; Ramadhan. Alhamdulillah, raya tahun ini diri ini seperti tahun-tahun yang lalu kami beraya di rumah nenek sebelah ayahanda dan petang raya barulah ke rumah tok wan (sebelah bonda). Kami sekeluarga dimeriahkan lagi dengan adanya ahli baru dalam keluaga kami. Eh… bukannya ayahanda dan bonda dapat menantu (calon pun xde lg)…bukan juga kami mendapat adik baru… tapi kami ada 4 orang adik angkat yang mana mereka semua ada ibu bapa yang berbeza…bermusafir kerana ilmu dari salah satu Negara di Asia Tenggara. Alhamdumdulillah, kerana ilmu dan Islam, mereka sanggup ke Malaysia untuk mendalami ilmu agama. Mereka belajar di Maahad Tahfiz wa Tarbiyyah (MTT), Tok Jiring , Kuala Terengganu. Kalau tidak silap, mereka berumur lingkungan 14-19 tahun. Keempat-empat orang adik angkat kami tu mempunyai nama akhir yang sama; Khan. Hanya seorang sahaja antara mereka yang mampu memahami dan bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Namun mereka cuba untuk belajar bertutur sepatah dua Bahasa Melayu yang mudah. “Stu…due…tiga..”mereka belajar mengira dengan slanga mereka. :)

Mereka menceritakan tentang keadaan di Negara mereka yang mana hanya boleh mengamalkan ajaran agama di tempat-tempat ibadah sahaja. Bersyukurlah kita kerana hingga saat ini kita dapat melakukan segala suruhan agama, ibadat dimana-mana sahaja. Boleh mengadakan majlis-majlis ilmu dan program-program yang berunsurkan agama di mana sahaja; di dewan besar, di pantai, di resort , di bukit dan sebagainya – tidak tertumpu di surau atau masjid semata-mata..Alhamdulillah.

_______________

* Syukran kepada sahabat-sahabat yang sudi memenuhi jemputan rumah terbuka pada hari raya ke-4. Itulah masanya kami bersua muka antara satu sama lain yang mana ada yang hampir 10 tahun tidak berjumpa. Terpisah dek jarak dan masa. Terima kasih kepada sahabat yang datang dari jauh. Semoga kalian tetap dalam redha Allah.

Kini bulan Zulkaedah tiba, Ramadhan dan Syawal telah berlalu. Peristiwa dan ujian dari Allah sepanjang Ramadhan dan Syawal tahun ini insyaallah dapat mematangkan diri ini dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Diri ini menyedari hakikat ujianMu Ya Allah.. Tetapkanlah hati ini dalam agamaMu dan syariat agamaMu.. Permudahkanlah urusanku yang akan datang.. Ya Rabbal ‘alamin.

Selengkapnya...

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Calendar

Sudut ilmiah

Community SHAMSIANS

Sahabati fi IPG KPI

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::