Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Showing posts with label muhasabah. Show all posts
Showing posts with label muhasabah. Show all posts

Kualiti sebuah kehidupan ?

Ketika kita masih mampu meniti setiap detik dan mempelajari setiap peristiwa hidup yang kita harungi sendiri, itulah salah satu anugerah terindah bagi insan dan hamba yang berfikir. Dan alangkah beruntungnya apabila kita mamaknakan hidup kita dengan 'memberi' kepada kehidupan orang lain.


Bagaimana kita mengisi masa yang telah diperuntukkan Allah untuk satu tempoh yang tidak kita pasti bila penghujungnya? Ya Allah, hambaMu ini menyedari hakikat masa ( al-'asr) namun aplikasinya ? astaghfirullah.....

Firman Allah swt :

"Demi Masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian , kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh , dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran." (surah al-'asr :1-3)


Hidup akan tersia-sia apabila dibiarkan sahaja dibuai dengan kesenangan dan kerehatan semata-mata, dihanyutkan oleh masa yang sentiasa berlalu pergi. Jika tidak diisikan dengan perkara kebaikan dan sesuatu kerana Allah, maka kelalaian dan kejahatan akan menjalar dan mengisi segenap ruang. Ada manusia tidak sedari tentang hakikat ini kerana ia diiringi dengan keseronokan yang selari dengan nafsu.

Tapi, ingatlah

Masa , jika kita tidak korbankan sesuatu untuk Allah, maka umur kita adalah sia-sia. umur hanya bermakna apabila kita perhatikan hidup ini ; jika tidak diisikan dengan kebaikan , nescaya kelalaian dan kejahatan akan menjalar dan mengisi segenap ruang. Apabila kejahatan mengisinya, ia tidak kelihatan sempit kerana ia penuh dengan keseronokan yang selari dengan kehendak nafsu.

namun, apabila kita isikan masa yang terluang dengan kebaikan maka kita akan dapati hidup ini seakan-akan sempit. Hal ini kerana , perkara-perkara yang baik , semuanya berlawanan dengan nafsu. Secara langsung , ianya membuatkan diri tersa berat untuk bekerja.

اللهم انا نسالك توبة نصوحا.. وتوبة قبل الموت وراحة عند الموت ومغفرة ورحمة بعد الموت والعفو عند الحساب والفوز بالجنة والنجاة من النار برحمتك يا عزيز يا غفار



Selengkapnya...

PedOmAn

PedOmAn

Nodaku
Tak pernah menunggu
Pergi terus berlalu
Segala dosa
Segala belenggu
Sesama jiwaku hiba terasa perasaanmu..
lantas ku terus berdoa...

*Tuhan, berikan pedoman
tunjukkan aku arah jalan yang kau redhai

Tuhan, berikan pedoman
dan bila ku menjauh
kembali ke pangkal jalan

Cahaya rahmatmu
Menyinar bahagia..
Syukur hatiku rasa
Bergetar tubuh ku sebut nama mu
Yang maha Esa yang maha pengasih penyayang
Kurniaanmu
lantas ku bersujud bersyukur....

*
Ooooo...
Biar pedoman ini
Berkekalan di hati selamanya...
Berubat jiwa
Menyinar bahagia
Inilah kasih yang kita damba....

*

by: nora

Selengkapnya...

Hidup ini...

Mudahnya menjadi anak-anak kecil.
Tiada apa yang perlu difikirkan.
Segalanya diuruskan.

Walaupun begitu, setiap dari kita menjadi dewasa juga.
Menjadi dewasa dengan cara dan keadaan yang tersendiri.
Kadangkala kita tidaklah memilih untuk menjadi siapa kita hari ini.
Dan siapapun kita hari ini usahlah takdir yang dipersalahkan .
Kita membentuk masa depan dengan DOA dan HARAPAN.

Dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan, kita masih belum lagi jauh tersesat. Sebaliknya selagi kita bernyawa, DIA sedang memberi peluang untuk kita memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan.

Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yang cacat pemikirannya. Sebaliknya, ia boleh menjadikan kita manusia yang lebih tahu erti hidup yang sebenar. Belajarlah bersyukur untuk setiap musibah yang menimpa....

Selengkapnya...

Malu Oh Malu

Aduhai, setiap wanita dikurniakan
oleh Allah swt sifat MALU
kerana MALU si wanita tahu
menjaga kehormatannya,
kerana MALU si wanita tahu
menilai batas-batas sosialnya,
kerana MALU si wanita gagal
diperdayakan pujukan nafsu..

Kini si wanita sudah hilang MALUnya
kerana hilang MALU itu terdedahlah
auratnya lantas kehormatan diri tergadai
kerana hilang MALU itu si wanita
gagal menilai apa itu HARAM
dan apa itu HALAL,
kerana kehilangan MALU itu si wanita
lemas dan hanyut dengan tipu daya nafsu..

Aduhai, setiap lelaki juga dikurniakan
oleh Allah swt sifat MALU
kerana MALU, si lelaki nasihat diri dan
si wanita agar bersama-sama jaga maruah
diri dan MENJAGA AURAT
kerana MALU, si lelaki mengingatkan diri
dan si wanita tentang batas-batas sosial,
HALAL dan HARAM tu kena ingat !
kerana MALU itu, si lelaki menjaga
dan mendidik nafsu...
selalu ingatkan supaya
"TAKUTLAH ALLAH ! "

Kini, si lelaki itu sudah hilang MALUnya,
kerana hilang MALU itu
si lelaki mengajak si wanita buat perkara mungkar,
kerana hilang MALU itu
si lelaki lupa tentang HUKUM ALLAH swt,
kerana bhilang MALU itu
si lelaki mungkin hilang taraf KHALIFAH !

Sabda Rasulullah saw,
SESUNGGUHNYA MALU ITU ADALAH
SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

wahai si wanita dan si lelaki
janganlah menzalimi diri dengan meletakkan
MALU bukan pada tempatnya.

MALUlah kamu dengan ALLAH swt
jika ingkar akan suruhannya..
MALUlah kamu dengan RASULULLAH saw
jika meninggalkan sunnahnya..
MALUlah kamu
jika lupa dan malas membaca al-quran...
MALUlah kamu
jika derhaka kepada guru dan ibu bapa..
MALUlah kamu
atas dosa-dosa kamu..

Maka percayalah MALU itu
dapat menyelamatkan kita
dari fahsyar walmungkar !!!!!
Selengkapnya...

Semakin umur bertambah , semakin ___________ .

Assalamualaikum....

Makin hari makin bertambah umur. Makin bertambah pengalaman. Makin bertambah kesedaran. Makin bertambah dosa pahala. Makin bertambah kesalahan. Makin dekat dengan kematian. Setiap perbuatan akan dihitung. Syurga dan neraka sudah pasti. Percaya atau tidak percaya, pasti dilalui. Inilah hakikat dan kebenaran....

Semakin kita berjalan.. semakin dekat dengan destinasi.. Jadi, betul la.. semakin lama kita hidup , semakin dekat kita dengan kematian.. Adakah kita sedari hakikat ini..?

Bila tiba hari lahir, ramai yang meraikan hari lahir dengan penuh ceria… ramai kenalan, ahli keluarga, saudara yang menyampaikan ucapan yang pelbagai… antaranya ‘Barakaallah fik’, ‘ Semoga panjang umur’ , ‘semoga murah rezeki’, ‘Semoga semakin matang harungi liku-liku kehidupan’, ‘semoga takdir terbaik mengiringimu’ dan ada juga yang mengucapkan ‘semoga cepat kahwin’… ish3… banyaknya ucapan.. J

Seorang sahabat ana bertanya tentang salah satu ucapan-ucapan yang ana sebutkan tadi.. “kenapa kita masih memberi ucapan ‘semoga panjang umur’ ? Sedangkan kita dah sedia maklum yang ajal maut telah ditentukan Allah sejak azali lagi…”

Ana nyatakan daripada salah satu sumber bacaan ana iaitu buku Nota Hati Seorang Lelaki.. karangan Pahrol Mohd Juoi… katanya…panjang umur yang dimaksudkan itu adalah panjang umur dengan perkara-perkara yang diredhai Allah..

“Rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur ialah…

Orang yang sedar tentang tujuan. Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup dan juga tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”

Maksud ‘semoga panjang umur’ juga boleh diertikan dengan panjang umur dengan menambahkan ilmu, menambahkan amal, mengeratkan silaturrahim, menambahkan rasa takut kepada Allah…

Adakah Semakin meningkat umur kita, semakin meningkat ilmu, ukhwah,kematangan, amal dan taqwa kita? Semoga kita berusaha mencapai keredhaan Allah di dunia ini.. menuju alam yang abadi..

Sumber : Nota Hati Seorang Lelaki.. karangan Pahrol Mohd Juoi

Selengkapnya...

GeliSahnya sEkePing hATi..

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG...

Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan waktu untuk mengharungi liku-liku kehidupan kini yang kekadang ada suka dan kadang-kadang ada dukanya. Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad (S.A.W) , para sahabat, pejuang Islam yang terdahulu dan kini, muslimin dan muslimat amnya.

Tiada apa yang mampu diriku coretkan panjang lebar kerana bukan kepakaranku dalam bidang penulisan. Apatah lagi ilmu di dada amatlah cetek. Diri ini hanya insan biasa yang sentiasa berusaha mendapatkan redhaNYA, setitis ilmuNYa, sejambak kasih- sayangNYA dan iringan pertolonganNYA.

" Ya Allah, kurniakanlah diri ini lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut (nama-MU), hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMU, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMU..."

"Ya Allah, kurniakanlah diriku iman yang sempurna, hati yang kusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah, kurniakanlah diriku (din) cara hidup yang jitu dan unggul, selamat dari segala bahaya dan petaka..."


Di kala perasaan resah, sedih dan sebagainya tiba, kadangkala diri ini terasa 'sesak'... setiap detik dan ketika terasa berat untuk mengharunginya...cuba ku gagahi. Cuba untuk menempis segala masalah yang kadang-kadang menghantui fikiran. Namun ini adalah ujian Allah... makin cuba untuk lari, semakin ia kuat mendekati... Ya Allah, hanya padaMu tempat ku mengadu . Tidak puas dan tidak tenang bila diri ini mengadu pada sahabat.. sesungguhnya tidak semua yang kita rasa dan yang kita alami, dapat diluahkan melalui kata-kata. Namun, itulah fungsi sahabat.. sekurang-kurangnya ada sedikit derita dihati dapat dikongsikan bersama sahabat. Sahabat rapatku.... syukran atas perkongsian. Ukhwahfillah ila jannah.. Insyaallah..

Kadang-kadang diri ini terfikir, mungkin ujian yang diberikan ini adalah untuk diri ini lebih rapat kepada Allah, yang mana mungkin sebelum ini sibuk menjalankan amanah-amanah yang ada kalanya lupa kebergantungan kepada Allah.. Walaupun setiap perkara dimulakan dengan bismillah dan diakhiri dengan Alhamdulillah, namun adakah ditengah-tengah perjalanan pengurusan amanah itu disusuli dengan kebergantungan kepada Allah? Ya Allah, diri ini sedari bahawa kadangkala diri ini dan sahabat-sahabat seperjuangan membuat keputusan hanya berdasarkan kelebihan dan kekurangan yang hanya mengikut akal fikiran. Sedangkan sepatutnya di samping adnya syura, perlu juga petunjuk daripada Allah iaitu melalui solat istikharah sebagai penentu baik buruk sesuatu yang akan diputuskan dalam 2 organisasi besar di Kampus ini. Begitu juga dalam amanahku sebagai pengerusi sebuah kelab di sini. Ini perihal dalam amanah yang dipikul.

Adakah sepanjang diri ini menjalani kehidupan sebagai penuntut ilmu, sebagai sahabat dan sebagai teladan kepada adik-adik, ada terselit perkara-perkara yang tidak diredhaiNYA.... dalam keadaan sedar atau tanpa ku sedari? Astaghfirullah....

" Ya Allah.. sucikanlah hatiku daripada nifaq, amalan-amalanku daripada riyak, lidahku daripada dusta dan mataku daripada khianat, sesungguhnya Engkau mengetahui mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada." (1)

.........

" Ya Rabbku, Jangan biarkan nasib diri ini ditentukan oleh diriku sendiri , walaupun sekelip mata atau kadar kurang dari itu. Wahai Rabb yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta... perkenankanlah..."

Ya Allah, jika sesuatu itu benar, Kau tunjukkanlah kebenaran. Jika sesuatu itu batil, Kau tunjukkanlah kebatilannya. Hanya diriMu tempatku sembah dan padaMu tempatku minta pertolongan.... Amin Ya Rabb..

(1) Doa supaya terhindar daripada sifat-sifat keji.
Selengkapnya...

Subhanallah

A man reached 70 years of age and was affected by a disease which made him unable to urinate. The doctors told him that he needs an operation to cure the disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him severe pain for days. When the operation was completed the doctor gave him a bill which covered all the costs. After looking at the bill, the man started crying. Upon seeing this, the doctor said, “If the cost is too high then we could make some other arrangements for you.” The old man replied, “I am not crying because of the money but I am crying because Allah (SWT) let me urinate for 70 years and HE never sent me a bill!” SubhanAllah! Selengkapnya...

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Community SHAMSIANS

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::