Bila Kalam Berbicara

Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.

Model MUSLIMAH SEJATI

Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan ISLAM.
Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Wanita juga adalah anugerah ILAHI yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

Sejarah Islam telah melahirkan ratusan wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga muslimah kini. Mereka merupakan wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan ISLAM. Sehubungan dengan itu, Rasulullah bersabda :
" Ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka adalah Asiah binti Muzahim, Maryam binti Imran (bonda Nabi Isa) , Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( ananda kesayangan Baginda) . " (Riwayat Bukhari )

Asiah adalah simbol teladan bagi wanita yang beriman , tetap mempertahankan keimanannya kepda ALLAH, meski pun hidup bersama suaminya; Firaun yang tidak beriman kepada Allah.

Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada ALLAH serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan diri kepada ALLAH.

Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran ISLAM, berkorban jiwa dan raga dan segala harta serta rela menganggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam ydiamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w. .

Fatimah adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang solehah dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat kepada suaminya serta ibu yang bijaksana kepada anak-anaknya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.

Muslimah inilah yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan, dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah ke alam perkahwinan agar berhati-hati calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Rasulullah bersabda :
" Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya , kelak kecantikan akn binasakannya; janganlah kamu menikahinya kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu,; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung, tuli tetapi beragama , itu adalah yang lebih baik bagimu." ( Riwayat Abdullahh bin Humaid)

Isteri yang solehah akan bersifat amanah terhadap harta suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak keluar rumah tanpa izin suami, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya.
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud :
" ...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatannya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah... " ( Surah an-nisa' : 34)

Isteri yang solehah perlulah ingatanya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud :
" Jika seseorang eanita menunaikan solat 5 waktu, puasa sebulan di bulan Ramadhan, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga yang dikehendakinya. " (Riwayat Imam Ahmad)

Isteri solehah sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredhaannya pada setiap masa dan keadaan .Keredhaan suami adalah kunci utama untuk melayakkan diri ke syurga ALLAH.

" Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk ke syurga. " (Riwayat Al-Hakim dan Tarmizi)

Penting juga bagi seorang isteri yang mana adalah pendidik dan pengasuh kepada anak-anaknya. Anak-anak yang soleh adalah saham buat ibu bapa. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewarisi ilmu agamanya kepada anaknya agar wujud generasi soleh dan solehah.

Begitulah kriteria wanita solehah...yang mana merupakan akhlak model-model wanita solehah yang terulung iaitu Siti Asiah, Maryam, Siti Khadijah dan Fatimah.

Adakah kita mampu meneladani meraka???? Ya Allah, pimpinlah daku ke arah itu.....

Selengkapnya...

Bismillahirrahmanirrahim

Al-'asr

Diri ini

Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku.
Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena.
Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara.
......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara
Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya
Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha
Dengan keyakinan kau pasti berjaya

Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati
Adalah kebahagiaan iman
Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan
Pasti menghasilkan kecemerlangan

Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan
Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya
Berserahlah kepada Allah

Hakikat kehidupan bekalan di akhirat
Didiklah diri menjadi insan bertaqwa
Kesucian di hati keimanan bersemi
Merasa diri adalah milik Ilahi

Kau datang hanya dari-Nya
Kepada-Nya kan kembali
Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya

Sulamilah kesungguhan
Dengan doa pengharapan
Kesyukuran menambah redha-Nya

Mencari Sinar
Album : Indahnya Bersama Islam
Munsyid : Al Wadi

HIWAR

Calendar

Sudut ilmiah

Community SHAMSIANS

Sahabati fi IPG KPI

My Blog List

Followers

:: BiLanGan ZiARaH ::