Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.
Posted by
::musafir nuriman::
at
Friday, September 25, 2009
comments (0)
Tidak sempurna di malam raya tanpa mendengar takbir raya. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka merasakan tidak sempurna di malam raya tanpa bermain bunga api bersama sanak-saudara yang lain.
Adinda Ahmad pun main bunga api.. "Along, nak main lagi.... nak main banyak-banyak api ni... "
"Selamat Hari Raya... Aidilfitri yang mulia...!!"" Berlalulah sudah Ramadhan.. sebulan berpuasa.. tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...anak muda di perantauan ..semuanya pulang ke desa....Ibu ayah keriangan ...bersyukur tak terkira...!! "
adinda Aibi nyanyikan lagu raya.. :)
Adinda-adindaku dan sepupu begitu riang bermain bunga api di halaman rumah tok Wan.
Posted by
::musafir nuriman::
at
Friday, September 11, 2009
comments (0)
diriku : Salam..akak nk tnye pndapat ***** bleh? ***** : tntg ? diriku : ni kn da msk fasa ke 3.. : org lain bz bribadah, bgun mlm...dll.. tuk kejar malam lailatul qadar.. tp... : bg y xleh solat ...? adakah ia 1 kerugian?
***** : ntah la kak bagi diri sy ia stu kerugian...sbb sy x pandai isi wktu x bley solat : bgi org y imannya tetap dan pandai mgejarnya tiada kerugian n beza bg mereka : ikut org tu la diriku : ooo.. nant akak kongsi pendapat seorg kakak senior tntg perkara ni... : TQ ats pendapat ****.. ***** : syukran gak.. ------------------------------------------------------------------------- diriku : (soalan sama) classmate : x diriku : hurai la sket
classmate : ni ke ketetapan allah : dia ttp doh kito xleh smayg
diriku : so, org y xleh solat mmg xkan dapat kejar la mlm lailatul qadar? classmate: blh zikir ------------------------------------------------------- diriku : Salam kak #####...nk tnya pndpt kak #####....bleh? klau free la.. kak #####: mknpe die 2... tkutnyee
diriku : ermm...xde pe... xnya soalan cepu mas pn ni.. : ni kn da msk fasa ke 3.. : org lain bz bribadah, bgun mlm...dll.. : tuk kejar malam lailatul qadar.. tp... : bg y xleh solat ...? adakah ia 1 kerugian?
kak #####: OOO...org xleh solat pn ada amalan masing2 : ibadah 2 kn luas : buat ape je asal krn Allah pn ibadah gak : klau nk dpt kenikmatan mlm lailatul qadr, org yang x solat pn bleh dpt.. : Allah kn Maha Adil)
diriku : suka cari pendpt org lain...... tq... : means still bgun mlm tp bt ibadah selain solat n bc quran... ?
kak #####: kalau ikut pndpt k.#####, mlm lailautul qadr x smestinya kta qiam : asal kta beribadah dgn ikhlas n btul2 niat nk cari keredhaan Allah 2 yg pling penting : sush la akak nk ckp
kak ##### : cuba kta jgn trlalu rigid utk mentafsirkan ibadah mlm lailatul qadr 2 : prnh x dgr kisah org yang dijanjikan masuk syurga : x ingat la zaman sape.. lupe : tapi die bkn org yg bangun utk qiam diriku : kisah mn?
kak ##### : tp just bngun dan beralih tmpat smbil sebut nama Allah je : akak ingt kisah ni.. ingt ckit2 : cumenye nk ckp dlm ym mcm sush ckit diriku : xpernah lak dgr... : mmg pun ssh ckp dlm ym ... : xpe la.... sesekali bt usrah YM... : kisah ni xpernah dgr lak... y pernah dgr, kisah seorg y dijamin syurga sbb die maafkan org lain sblm tdo...
kak ##### : xpe2...nnti akk try cari kt tenet utk dptkn yg lbih sahih ye diriku : syukran ats perkongsian.. :) Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Monday, August 24, 2009
comments (0)
Alhamdulillah diri ini masih diberi kesempatan waktu… Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, sahabat2, dan seluruh umat Islam yang telah dan masih teguh berjuang mempertahankan dan mengembangkan agama ALLAH.
Alhamdulillah kali ini diri ini masih lagi berpeluang mengupdatekan blog ini setelah 3 bulan terbiar… ingin sekali diri ini mencatatkan sesuatu di ruangan blog ini, namun kekangan masa dan masalah wireless di tempatku belajar menjadi halangan bagiku. Utamakan yang lebih penting dari yang penting.
Teringat pada satu kata-kata ….“Kita diberi waktu dan kesempatan yang sama iaitu 24 jam. Tidak seorang pun yang diberi lebih atau kurang masa dalam sehari. Perbezaannya terletak pada bagaimana kita memaknai, menggunakan, dan memanfaatkannya”. Ya, peluang untuk berbuat (apa saja) terbentang luas . Kita lah yang menentukan pilihan cara hidup kita.
Islam amat menitikberatkan soal masa. Sehingga dalam kalamullah sendiri telah bersumpah dengan masa… Semoga kita tergolong dalam orang yang diredhai Allah… Amin…
Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Monday, May 25, 2009
comments (0)
Dengan lafaz pembukaan ; Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Assalamualaikum….
Oh, rindunya untuk menulis……….
Begitu lama diriku meninggalkan alam penulisanku yang suatu ketika dahulu adalah minatku . Dulu, kertas kajanglah tempat ku coretkan setiap apa yang ku alami, yang menjadi kenanganku; ada yang kisah ceria , muram, sedih, cemburu dan beberapa perasaanku yang tidak dapat ku luahkan melalui kata-kata. Kengkadang ku kongsikan kisah-kisah hidupku bersama-sama rakan yang ku rasakan mampu mendengar dengan baik dan berkongsi pendapat mereka. Diri ini tidak meminta pujian tapi aku memerlukan nasihat dan kritikan membina daripada insan yang bergelar sahabatnya.
*insyaallah akan diusahakan utk menulis scr berterusan...
Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku. Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena. Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara. ......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha Dengan keyakinan kau pasti berjaya
Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati Adalah kebahagiaan iman Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan Pasti menghasilkan kecemerlangan
Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya Berserahlah kepada Allah
Hakikat kehidupan bekalan di akhirat Didiklah diri menjadi insan bertaqwa Kesucian di hati keimanan bersemi Merasa diri adalah milik Ilahi
Kau datang hanya dari-Nya Kepada-Nya kan kembali Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya
Sulamilah kesungguhan Dengan doa pengharapan Kesyukuran menambah redha-Nya
SENARAI GRADUAN SESI 2016
-
*SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA'
PADA 25-DIS-2016 (AHAD).*
Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...
Majalah " At-Taqwa" Isu 7
-
Terdapat dua artikel Ustaz Roslan Yasnain : 1. Kolum Tetap Tazkirah : Jom
Hijrah, Jadi Manusia Hebat! 2. Kolum Tetap Bicara Ustaz : Jangan Rampas
Hak A...
MAKLUMAN : laman-annur.blogspot.com Telah Berpindah
-
Salam semua Setelah menanti selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya
laman-annur.blogspot.com tiba-tiba muncul setelah harapan untuk pihak
www.blogger.com men...