Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.
Wanita juga adalah anugerah ILAHI yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam telah melahirkan ratusan wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga muslimah kini. Mereka merupakan wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan ISLAM. Sehubungan dengan itu, Rasulullah bersabda :
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita yang beriman , tetap mempertahankan keimanannya kepda ALLAH, meski pun hidup bersama suaminya; Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada ALLAH serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan diri kepada ALLAH.
Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran ISLAM, berkorban jiwa dan raga dan segala harta serta rela menganggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam ydiamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w. .
Fatimah adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang solehah dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat kepada suaminya serta ibu yang bijaksana kepada anak-anaknya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Muslimah inilah yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan, dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah ke alam perkahwinan agar berhati-hati calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Rasulullah bersabda :
Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud :
Isteri yang solehah perlulah ingatanya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud :
Isteri solehah sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredhaannya pada setiap masa dan keadaan .Keredhaan suami adalah kunci utama untuk melayakkan diri ke syurga ALLAH.
Penting juga bagi seorang isteri yang mana adalah pendidik dan pengasuh kepada anak-anaknya. Anak-anak yang soleh adalah saham buat ibu bapa. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewarisi ilmu agamanya kepada anaknya agar wujud generasi soleh dan solehah.
Begitulah kriteria wanita solehah...yang mana merupakan akhlak model-model wanita solehah yang terulung iaitu Siti Asiah, Maryam, Siti Khadijah dan Fatimah.
Adakah kita mampu meneladani meraka???? Ya Allah, pimpinlah daku ke arah itu.....

