Berikan hatimu pada Allah,pasti Allah temukan PEMILIK terbaik… Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,pasti Allah aturkan kehidupanmu dengan baik… Serahkan hidupmu pada Allah,pasti Allah akan menjagamu dengan baik… Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu.
Posted by
::musafir nuriman::
at
Friday, October 30, 2009
comments (0)
Tuan Guru Dato' Haron Din (Pengasas Dan Penasihat Darul Syifa') telah menyampaikan pengajaran berkenaan Bacaan Asas 10 Kedua. Setelah sekian lama tertangguh... alhamdulillah semua berjalan lancar.
Kami ke sana dengan 2 buah bas dan beberapa buah motor. Solat maghrib, bacaan Asas 10 pertama , makan malam dan penyampaian ilmu daripada Tuan Guru..
Semoga ilmu itu menjadi bekal kepada kami pada masa akan datang.
Posted by
::musafir nuriman::
at
Saturday, October 24, 2009
comments (0)
Wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan ISLAM. Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Wanita juga adalah anugerah ILAHI yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.
Sejarah Islam telah melahirkan ratusan wanita terbilang yang menjadi teladan kepada warga muslimah kini. Mereka merupakan wanita contoh yang menempa tinta emas yang mewarnai sejarah kegemilangan dan keunggulan ISLAM. Sehubungan dengan itu, Rasulullah bersabda :
" Ada 4 wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka adalah Asiah binti Muzahim, Maryam binti Imran (bonda Nabi Isa) , Khadijah binti Khuwailid (isteri Rasulullah s.a.w) dan Fatimah binti Muhammad ( ananda kesayangan Baginda) . " (Riwayat Bukhari )
Asiah adalah simbol teladan bagi wanita yang beriman , tetap mempertahankan keimanannya kepda ALLAH, meski pun hidup bersama suaminya; Firaun yang tidak beriman kepada Allah.
Maryam pula adalah simbol wanita dalam ibadahnya dan ketinggian darjat ketakwaannya kepada ALLAH serta mampu memelihara kesucian diri dan kehormatannya ketika mengabdikan diri kepada ALLAH.
Khadijah pula adalah simbol kepada isteri yang setia tanpa mengenal penat lelah mendampingi suaminya menegakkan panji-panji kebenaran ISLAM, berkorban jiwa dan raga dan segala harta serta rela menganggung pelbagai risiko dan cabaran dalam menyebarkan risalah Islam ydiamanahkan pada bahu Rasulullah s.a.w. .
Fatimah adalah simbol pelbagai dimensi wanita yang solehah; anak yang solehah dan taat kepada ayahandanya, isteri yang setia dan taat kepada suaminya serta ibu yang bijaksana kepada anak-anaknya. Dialah pemuka segala wanita dan juga seorang wanita mithali dalam setiap detik kehidupan yang dilaluinya, sewajarnya dijadikan ikutan Muslimah.
Muslimah inilah yang mewarnai pentas kehidupan dengan ketenangan, kemesraan, dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Islam menganjurkan setiap Muslim yang bakal melangkah ke alam perkahwinan agar berhati-hati calon isteri. Kriteria calon isteri penting dalam kehidupan berkeluarga kerana kesolehan isteri yang dituntut Islam, di samping bakal menjamin kerukunan dan kebahagiaan rumah tangga. Rasulullah bersabda :
" Janganlah kamu nikahi wanita kerana kecantikannya , kelak kecantikan akn binasakannya; janganlah kamu menikahinya kerana hartanya, boleh jadi hartanya akan menyebabkan kederhakaanmu,; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung, tuli tetapi beragama , itu adalah yang lebih baik bagimu." ( Riwayat Abdullahh bin Humaid)
Isteri yang solehah akan bersifat amanah terhadap harta suaminya, di samping menjaga maruahnya. Sewaktu ketiadaan suaminya, seorang isteri solehah memelihara dirinya dan maruahnya seperti tidak keluar rumah tanpa izin suami, tidak boleh menerima tetamu yang tidak dikenali dan sebagainya. Ketaatan dan sifat beramanah seorang isteri solehah ini banyak dipengaruhi oleh firman Allah yang bermaksud :
" ...perempuan yang solehah mestilah taat dan memelihara kehormatannya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan Allah... " ( Surah an-nisa' : 34)
Isteri yang solehah perlulah ingatanya sentiasa segar dengan pesanan Baginda yang bermaksud :
" Jika seseorang eanita menunaikan solat 5 waktu, puasa sebulan di bulan Ramadhan, mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana saja pintu syurga yang dikehendakinya. " (Riwayat Imam Ahmad)
Isteri solehah sentiasa menyempurnakan keperluan suaminya, di samping memelihara keredhaannya pada setiap masa dan keadaan .Keredhaan suami adalah kunci utama untuk melayakkan diri ke syurga ALLAH.
" Mana-mana isteri yang meninggal dunia, sedangkan suaminya reda kepadanya, nescaya isterinya akan masuk ke syurga. " (Riwayat Al-Hakim dan Tarmizi)
Penting juga bagi seorang isteri yang mana adalah pendidik dan pengasuh kepada anak-anaknya. Anak-anak yang soleh adalah saham buat ibu bapa. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewarisi ilmu agamanya kepada anaknya agar wujud generasi soleh dan solehah.
Begitulah kriteria wanita solehah...yang mana merupakan akhlak model-model wanita solehah yang terulung iaitu Siti Asiah, Maryam, Siti Khadijah dan Fatimah.
Adakah kita mampu meneladani meraka???? Ya Allah, pimpinlah daku ke arah itu.....
Posted by
::musafir nuriman::
at
Saturday, October 3, 2009
comments (0)
A man reached 70 years of age and was affected by a disease which made him unable to urinate. The doctors told him that he needs an operation to cure the disease. He agreed to do the operation as the problem was giving him severe pain for days. When the operation was completed the doctor gave him a bill which covered all the costs. After looking at the bill, the man started crying. Upon seeing this, the doctor said, “If the cost is too high then we could make some other arrangements for you.” The old man replied, “I am not crying because of the money but I am crying because Allah (SWT) let me urinate for 70 years and HE never sent me a bill!” SubhanAllah!Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Friday, September 25, 2009
comments (0)
Tidak sempurna di malam raya tanpa mendengar takbir raya. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka merasakan tidak sempurna di malam raya tanpa bermain bunga api bersama sanak-saudara yang lain.
Adinda Ahmad pun main bunga api.. "Along, nak main lagi.... nak main banyak-banyak api ni... "
"Selamat Hari Raya... Aidilfitri yang mulia...!!"" Berlalulah sudah Ramadhan.. sebulan berpuasa.. tiba syawal kita rayakan dengan rasa gembira...anak muda di perantauan ..semuanya pulang ke desa....Ibu ayah keriangan ...bersyukur tak terkira...!! "
adinda Aibi nyanyikan lagu raya.. :)
Adinda-adindaku dan sepupu begitu riang bermain bunga api di halaman rumah tok Wan.
Posted by
::musafir nuriman::
at
Friday, September 11, 2009
comments (0)
diriku : Salam..akak nk tnye pndapat ***** bleh? ***** : tntg ? diriku : ni kn da msk fasa ke 3.. : org lain bz bribadah, bgun mlm...dll.. tuk kejar malam lailatul qadar.. tp... : bg y xleh solat ...? adakah ia 1 kerugian?
***** : ntah la kak bagi diri sy ia stu kerugian...sbb sy x pandai isi wktu x bley solat : bgi org y imannya tetap dan pandai mgejarnya tiada kerugian n beza bg mereka : ikut org tu la diriku : ooo.. nant akak kongsi pendapat seorg kakak senior tntg perkara ni... : TQ ats pendapat ****.. ***** : syukran gak.. ------------------------------------------------------------------------- diriku : (soalan sama) classmate : x diriku : hurai la sket
classmate : ni ke ketetapan allah : dia ttp doh kito xleh smayg
diriku : so, org y xleh solat mmg xkan dapat kejar la mlm lailatul qadar? classmate: blh zikir ------------------------------------------------------- diriku : Salam kak #####...nk tnya pndpt kak #####....bleh? klau free la.. kak #####: mknpe die 2... tkutnyee
diriku : ermm...xde pe... xnya soalan cepu mas pn ni.. : ni kn da msk fasa ke 3.. : org lain bz bribadah, bgun mlm...dll.. : tuk kejar malam lailatul qadar.. tp... : bg y xleh solat ...? adakah ia 1 kerugian?
kak #####: OOO...org xleh solat pn ada amalan masing2 : ibadah 2 kn luas : buat ape je asal krn Allah pn ibadah gak : klau nk dpt kenikmatan mlm lailatul qadr, org yang x solat pn bleh dpt.. : Allah kn Maha Adil)
diriku : suka cari pendpt org lain...... tq... : means still bgun mlm tp bt ibadah selain solat n bc quran... ?
kak #####: kalau ikut pndpt k.#####, mlm lailautul qadr x smestinya kta qiam : asal kta beribadah dgn ikhlas n btul2 niat nk cari keredhaan Allah 2 yg pling penting : sush la akak nk ckp
kak ##### : cuba kta jgn trlalu rigid utk mentafsirkan ibadah mlm lailatul qadr 2 : prnh x dgr kisah org yang dijanjikan masuk syurga : x ingat la zaman sape.. lupe : tapi die bkn org yg bangun utk qiam diriku : kisah mn?
kak ##### : tp just bngun dan beralih tmpat smbil sebut nama Allah je : akak ingt kisah ni.. ingt ckit2 : cumenye nk ckp dlm ym mcm sush ckit diriku : xpernah lak dgr... : mmg pun ssh ckp dlm ym ... : xpe la.... sesekali bt usrah YM... : kisah ni xpernah dgr lak... y pernah dgr, kisah seorg y dijamin syurga sbb die maafkan org lain sblm tdo...
kak ##### : xpe2...nnti akk try cari kt tenet utk dptkn yg lbih sahih ye diriku : syukran ats perkongsian.. :) Selengkapnya...
Muslimah... yang sentiasa mendambarkan keredhaan dan kasih sayang Allah. Sebaik-baik wanita adalah wanita solehah; ini lah impianku. Apa-apa yang dirasa dan dilalui tidak semua dapat dituturkan ataupun diluahkan melalui pena. Hanya perkongsian yang sedikit dapat dirakamkan di ruangan ini. Meskipun tiada kepakaran dalam berkata-kata, namun biarlah kalam yang berbicara. ......................
Kehidupan di maya ini hanyalah sementara Usia yang dianugerah jangan dipersiakannya Meskipun dibelenggu susah teruslah berusaha Dengan keyakinan kau pasti berjaya
Sesungguhnya kesabaranmu di dalam hati Adalah kebahagiaan iman Kekuatan di jiwamu itu menempuh dugaan Pasti menghasilkan kecemerlangan
Janganlah ditangisi (segala) liku kehidupan Kerana kesedihan lalu bukanlah selamanya Berserahlah kepada Allah
Hakikat kehidupan bekalan di akhirat Didiklah diri menjadi insan bertaqwa Kesucian di hati keimanan bersemi Merasa diri adalah milik Ilahi
Kau datang hanya dari-Nya Kepada-Nya kan kembali Nikmat di dunia ini kurniaan dari-Nya
Sulamilah kesungguhan Dengan doa pengharapan Kesyukuran menambah redha-Nya
SENARAI GRADUAN SESI 2016
-
*SENARAI PELAJAR YANG AKAN DIIJAZAHKAN DI MAJLIS PENGIJAZAHAN DARUSSYIFA'
PADA 25-DIS-2016 (AHAD).*
Kepada pelajar Pengubatan Islam Darussyifa' Bangi Kumpu...
Majalah " At-Taqwa" Isu 7
-
Terdapat dua artikel Ustaz Roslan Yasnain : 1. Kolum Tetap Tazkirah : Jom
Hijrah, Jadi Manusia Hebat! 2. Kolum Tetap Bicara Ustaz : Jangan Rampas
Hak A...
MAKLUMAN : laman-annur.blogspot.com Telah Berpindah
-
Salam semua Setelah menanti selama lebih kurang 2 bulan, akhirnya
laman-annur.blogspot.com tiba-tiba muncul setelah harapan untuk pihak
www.blogger.com men...