Posted by
::musafir nuriman::
at
Monday, June 28, 2010
Mudahnya menjadi anak-anak kecil.
Tiada apa yang perlu difikirkan. Segalanya diuruskan.
Walaupun begitu, setiap dari kita menjadi dewasa juga.
Menjadi dewasa dengan cara dan keadaan yang tersendiri.
Kadangkala kita tidaklah memilih untuk menjadi siapa kita hari ini.
Dan siapapun kita hari ini usahlah takdir yang dipersalahkan .
Kita membentuk masa depan dengan DOA dan HARAPAN.
Dan seandainya doa dan harapan yang kita minta tidak tertunai mengikut cara dan keadaan yang kita mahukan, kita masih belum lagi jauh tersesat. Sebaliknya selagi kita bernyawa, DIA sedang memberi peluang untuk kita memperbetulkan apa jua yang dinamakan kesilapan.
Membuat kesilapan tidaklah menjadikan kita manusia yang cacat pemikirannya. Sebaliknya, ia boleh menjadikan kita manusia yang lebih tahu erti hidup yang sebenar. Belajarlah bersyukur untuk setiap musibah yang menimpa....

Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Monday, May 31, 2010
Jodoh itu adalah rahsia Allah.
Ia akan terjawab bila tiba waktunya...
"Jangan terlalu mengharap,
nanti jika kecewa, lukanya dalam...
hanya Allah yang tahu..
kena pandai kawal emosi apabila suka pada seseorang....."
"Aku mahu lelaki yang apabila ku dengari suaranya melagukan ayat Quran secara murattal, ketenangan melingkari jiwa ini. Yang marahnya mendidik, tegasnya berprinsip, sayangnya tulus dan budinya mencurah-curah demi Islam."Sumber :
~ ana bukanlah peminat novel tapi ini sekadar perkongsian daripada bacaan novel yang ke-5 ana iaitu "kEtikA CinTa dan WaHyu berSatU " .......selepas novel " WaRkah cInTa beRbAu SyuRgA " karangan Ubaidillah ~
Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Sunday, May 9, 2010
sEMua nUqABa' diWajiBkan hAdiR..
- Pembubaran pimpinan MTEN 2009 / 2010
- Pengumuman pimpinan baru MTEN 2010/ 2011
- Penyampaian sijil nuqaba' dan pimpinan MTEN 2009 / 2010
Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Sunday, May 2, 2010

"Ya Tuhanku,malam hanya terasa indah apabila berbisik kepada-MU, siang hanya terasa indah apabila mematuhi-Mu. Tiada kelazatan dunia kecuali berzikir kepada-MU. Dan akhirat tidak terasa indah kecuali dengan beroleh kemaafan dari-Mu.Juga syurga tidak terasa indah kecuali dapat melihat-MU
(Bisikan munajat Yahya b. Muaz Ar-Razi)
Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa kumasa silam
Sempurnakanlah kehidupanku
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu
Jadikanku hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama
Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu
Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama
Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia
Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti
Aku aniaya...
Diri sendiri selamanya
Ku tak tertanggung...
Duka dan dosa silamku
Munajatku padaMu Tuhan
Ampuni dosa sekalian insan
Sempurnakanlah hidup kami
Murahkan rezeki dengan nikmat-Mu
Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama
Laaillahaillallah
Jauhkan aku dari siksaan
Api neraka yang panas
Membakar manusia ingkar di dunia
Muhammadurrasulullah
Terimalah ku jadi umatmu
Ku pohon syafaat darimu
Beratkan neraca pahala kunanti
Jadikan kami hamba bertaqwa
Tiang iman untuk agama
Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Saturday, April 17, 2010

syukran buat sahabatku, Nurul Fadhilah atas award yang diberikan...
Jadi, saya akan nukilkan 5 fakta menarik tentangnya...
a) anak ke 5 daripada 6 orang adik-beradik
b) kecik n comel, tegas, ceria
c) pendengar yang baik
d) sahabat y serasi n sentiasa di sisi :)
e) mmg mudah lapar bile tiba tengah malam... ;)
Tulis 10 fakta/hobi tentang diri sndiri sbelum memilih penerima award seterusnya..
- anak sulung drpd 9
- suka contact kawan2 lama ( sek ren, sek men, ...dll)
- Pendiam kecuali telah dirangsang... perlu belajar kemahiran bersosial
- suka membaca buku
- surf internet untuk baca artikel
- suka ziarah / melawat adik2 junior
- suka berkongsi cerita
- perlukan seorang pendengar y baik n y bleh bg nasihat
Pilih penerima award seterusnya..n describe tentang mereka..
1) Naima ( Tim lajnah dakwah n siasah MTEN.....junior @ IPG Kpi
2) Asiah Fadhilah
3) Tg Fatin Najihah Tg Hasan ( Best fren sejak d Shams)
4) Ain Solehah ( sahabat y serasi)
Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Thursday, April 15, 2010
Ini adalah dapatan ana daripada emel yang dihantar oleh sahabat ana...
_________________________________________________________
The Mysterious Socotra Island ( Indian Ocean )
Welcome to the Alien lands of Socotra , with strange trees like the Dragon Blood Tree! You would be inclined to think you were transported to another planet - or traveled to another era of Earth’s history. Socotra Island , which is part of a group of four islands, has been geographically isolated from mainland Africa for the last 6 or 7 million years. The archipelago features narrow coastal plains, a limestone plateau with caves, and mountains which rise to 1,525 meters above sea level.

Socotra is a small Yemeni archipelago of four islands and islets in the Indian Ocean off the coast of the Horn of Africa, about 350 kilometers south of the Arabian peninsula .

Selengkapnya...
Posted by
::musafir nuriman::
at
Saturday, April 10, 2010
BRADFORD - Komander-komander tentera Britain sengaja mencetuskan kemarahan penganut Islam apabila menggunakan replika masjid sebagai papan sasar semasa latihan menembak. Tujuh binaan kayu berbentuk masjid diletakkan di padang menembak untuk dijadikan sasaran oleh askar-askar Britain yang akan bertempur di Afghanistan. Kewujudan papan sasar itu disedari oleh orang ramai yang lalu-lalang di kawasan padang menembak berkenaan dan kemudian melaporkan kepada pihak berkuasa Islam tempatan.
Jawatankuasa Masjid Bradford (BCM) mendesak pihak tentera Britain memohon maaf kepada penganut Islam dan menarik semula penggunaan papan sasar berbentuk masjid tersebut. "Sesiapa saja yang melihat papan sasar itu akan terfikir mengenai masjid dan orang Islam daripada sudut negatif," kata pengerusi BCM, Ishtiaq Ahmed. "Apa yang menyebabkan saya marah adalah mereka menjadikan masjid sebagai tempat sasaran dan berbahaya. Ini benar-benar menyinggung perasaan orang Islam," katanya lagi.
sumber : http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7545571.asp
-----------------------------
Jelas menunjukkan bahawa mereka sentiasa menjadikan umat Islam sebagai sasaran mereka yang utama..
Ya Allah, Tabahkan hati umat Islam yang diancam tentera kafir, Permudahkan jalan mereka, sekiranya ditakdirkan mereka syahid di medan perang, tempatkanlah merreka di syurgamu Ya Allah...
Diri ini hanya hamba yang lemah yang hanya mampu berdoa di sini...
selamatkanlah BUMI PELESTIN, AFGHANISTAN DAN IRAQ YA ALLAH..
Ya Allah , Semoga satu hari nanti mereka hidup dengan aman..
Amin Ya Rabbal 'alamin...
Selengkapnya...